Majalah dan laman web utama Nikkei Business Publications (syarikat)

  • Nikkei Business (日経ビジネス), sebuah majalah perniagaan mingguan yang seiring dengan majalah Business Week sejak tahun 1969. Diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Nikkei Electronics (日経エレクトロニクス), sebuah majalah semi bulanan mengenai industri elektronik seiring dengan penerbitan majalah Electronics pada tahun 1971.
  • Nikkei Computer (日経コンピュータ), sebuah majalah semi bulanan mengenai pengkomputeran yang diterbitkan sejak tahun 1981.
  • Nikkei Personal Computing (日経パソコン), sebuah majalah semi bulanan mengenai komputer persedirian yang diterbitkan sejak tahun 1983, mempunyai laman web di dalam bahasa Jepun.
  • Nikkei Byte (日経バイト), sebuah majalah bulanan mengenai industri komputer yang utama. Diterbitkan sejaktahun 1984 akan tetapi penerbitan berakhir pada tahun 2005.[2]
  • National Geographic Japan edition (ナショナル ジオグラフィック日本版),merupakan penerbitan National Geographic untuk pembaca tempatan yang diterbitkan olehNikkei National Geographic Inc. (株式会社日経ナショナルジオグラフィック社), sebuah gabungan diantara Nikkei BP dan National Geographic Society.[3]
  • nikkeibp.jp, sebuah laman web berita mengenai perniagaan dan teknologi di dalam bahasa Jepun.

Kedudukan Kuasa Bakat

Nikkei Entertainment! (日経エンタテインメント!) telah menerbitkan Talent Power Ranking [ja] , sebuah ranking tahunan sejak 2008. Data ranking adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan Architect, Inc. untuk mengukur pengiktirafan dan minat orang ramai terhadap penghibur Jepun. [4]